Guru Pendidikan Islam * Pn Rohaya bt Muhamad * Pn Norhidayati bt Abd Rahman * Pn Aziyah bt Ahmad * Pn Nor Hadilla bt Mohd Yusof * Pn Noriani bt Mat Zain * Pn Fadzilah bt Samiron * En Mohamad b Haroun * Pn Sh. Norzihan bt Syed Abdullah (Ketua Panitia) Guru j-QAF * Cik Nohaini bt Ilias * En Izzuddin Md Amin * En Mohd Hanif Zaimar * Pn Nik Zazilawati bt Mohd Pathil * Pn Nor Wahida bt Md. Yunos * Pn Fahimah * Pn Ruzila bt Abd Halim * Pn Salawiah bt Hassan * YM Raja Anuar b Raja Malik Rezn

Archives

SELAMAT BERCUTI !!!

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA WARGA SKBR !!!

Baca Lagi..
MESYUARAT KARNIVAL j-QAF 2009

Kepada semua GPI,

Sila hadirkan diri pada mesyuarat Karnival j-QAF 2009 seperti ketetapan berikut:


HARI : Selasa
MASA: 1 pm
TEMPAT : Bilik Mesyuarat

Baca Lagi..
Karnival j-QAF @ 14 NOVEMBER 2009

  1. Karnival ini akan dijalankan pada Sabtu, 14 NOVEMBER 2009 nanti.
  2. Kepada semua GPI sila ambil maklum tugasan anda mengikut acara & tahun serta urusan penyelarasan.
  3. Sila rujuk KETUA PANITIA untuk maklumat lanjut.
  4. HARAP MAKLUM

Ustaz H

Baca Lagi..
KARNIVAL j-QAF 2009 SKBR

  1. Karnival ini akan dijalankan pada Sabtu, 24 OKTOBER 2009 nanti.
  2. Kepada semua GPI sila ambil maklum tugasan anda mengikut acara & tahun serta urusan penyelarasan.
  3. Sila rujuk KETUA PANITIA untuk maklumat lanjut.

HARAP MAKLUM

Ustaz Hans-Zimmer @ Hanif Zaimar Merican
SETIAUSAHA j-QAF

SK BANDAR RINCHING

Baca Lagi..
MUAT TURUN KALENDAR PERSEKOLAHAN 2010

Dapatkan Kalendar Persekolahan 2010 Dengan Memuat Turun Disini

DOWNLOAD DISINI

Baca Lagi..
Kewajipan berzakat Fitrah





Kepentingan zakat
Hadith :Dari Anas r.a katanya:”Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat). Katanya:”Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.”(al-Bukhari)Huraian;


Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai “tumbuh dan bertambah”. Ianya juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”. (an-Nur: 56) .Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah:-• mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosio ekonomi Islam.• membersihkan diri membayar zakat.• membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.• mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di kalangan orang yang berada• mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang yang bernasib baik
Hikmah Kewajipan Membayar Zakat
Hadith :Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”Riwayat Bukhari;







Huraian;


1. Harta juga adalah merupakan suatu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam proses mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhat.
2. Zakat merupakan alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya.
3. Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tnjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.
4. Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam






andai kata tidak dibuat, tiada maa F
fardu yang tidak boleh diingkar I

lagipun bukan susah nak keluarkan zaka T

kita harus seda R

ia adalah hak insan fakir, miskin dan pap A

kita hanya meminjam dari ALLA H










Baca Lagi..
Category:   Leave a Comment
fadhilat Lailatul Qadar




و حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ أَبَاهُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لِلَيْلَةِ الْقَدْرِ إِنَّ نَاسًا مِنْكُمْ قَدْ أُرُوا أَنَّهَا فِي السَّبْعِ الْأُوَلِ وَأُرِيَ نَاسٌ مِنْكُمْ أَنَّهَا فِي السَّبْعِ الْغَوَابِرِ فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْغَوَابِرِ


Dari Salim bin Abdullah bin Umar, bahawa ayahnya r.a. telah berkata, katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tentang lailatul qadar: Sesungguhnya ada segolongan orang di antara kamu yang bermimpi lailatul qadar jatuh pada hari ketujuh yang pertama. Namun sebahagian mereka bermimpi lailatul qadar jatuh pada hari ketujuh yang terakhir. Oleh itu, carilah lailatul qadar pada sepuluh hari terakhir.

Baca Lagi..
Category:   Leave a Comment
Nuzul Al-Quran


RAMAI pengkaji berselisih pendapat tarikh sebenar turunnya kitab suci al-Quran, namun mereka bersepakat mencatat peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Perkataan 'nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Firman Allah SWT: "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An'am:38)

Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)
Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran."




Antara faedah membaca al-Quran adalah;
# Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
# Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
# Memperoleh pahala yang banyak;
# Membahagiakan rakan seperjuangan;
# Menghapus kesalahan dan dosa;
# Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
# Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
# Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
# Memelihara umur manusia;
# Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
# Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.

Baca Lagi..
Category:   Leave a Comment
Wallpaper Ramadhan Dan Raya (updated)!

Assalamualaikum..
Dalam Entry saya kali ini, saya nak berkongsi sedikit dengan para pengunjung blog saya bersempena bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, satu koleksi wallpaper sebagai penghias skrin komputer/laptop anda yang cantik sangat-sangat,saya kumpul dan satukan menjadi koleksi bersempena Ramadhan Al-Mubarak ini...untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat pengungjung /pelawat blog ini.

Downloadlah sebanyak mungkin kerana ianya FREE










Sila Klik pada gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas.


Download Di sini



Baca Lagi..
Solat hajat UPSR da Majlis Mohon Restu

Pada 4 hb September hari jumaat yang lalu telah berlangsung majlis solat hajat dan bacaan yaasin tahun 6 untuk kali terakhirnya sebelum mereka menduduki peperiksaan UPSR pada 8, 9 dan 10 sept nanti.Mudah - mudahan semua calon UPSR SKBR dapat menduduki peperiksaan dengan hati yang tenang dan dapat menjawab soalan - soalan dengan baik dan akhirnya mendapat kejayaan yang cemerlang seperti mana yang mereka impikan.Kami semua guru SKBR mendoakan agar semua murid thn 6 lulus dengan cemerlang, amiiin....


Selepas diadakan bacaan yaasin dan solat hajat satu lagi majlis telah berlangsung iaitu, majlis mohon restu bagi murid - murid tahun 6. Antara pengisian yang terkandung dalam majlis ini ialah ucapan dari guru penyelaras tahun 6 dan semua guru penolong kanan serta ucapan guru besar yang memberikan serba sedikit nasihat dan kata - kata semangat yang terakhir kepada murid - murid tahun 6.


Dalam majlis itu juga, murid tahun 6 diperlihatkan sedutan rakaman video semasa keputusan pepriksaan UPSR tahun 2008.Ini menambahkan lagi motivasi mereka untuk berhadapan dengan peperiksaan UPSr.


Acara terakhir ialah nyanyian lagu - lagu pembakar semangat dan memberi motivasi serta bersalaman dengan semua guru. ada yang menangis....


Apa pun SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA MURID TAHUN 6.


YAKIN BOLEH ..... 5 A

Baca Lagi..
TADARUS AL-QURAN 2009 @ SK BANDAR RINCHING


TADARUS AL-QURAN 2009 @ SK BANDAR RINCHING


Objektif program ini adalah untuk;

1. Mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia dengan meningkatkan amalan membaca Al-Quran, bersedekah dan menutup aurat, memperbanyak solat dan sebagainya.

2. Menanam sifat prihatin kepada sesama makhluk.

3. Menghayati bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya serta mempraktikkan amalan bagi menyempurnakan ibadat puasa Ramadhan.

4. memupuk minat membaca bahan berunsur Islam dan boleh menyatakan fakta yang benar berasaskan hukum Islam mengikut tahap kebolehan murid.



AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

TAHUN 6 : PN HADILLA BT YUSOF / SEMUA GPI

TAHUN 5 : EN MOHD HANIF B ZAIMAR / SEMUA GPI

TAHUN 4 : EN MOHAMAD B HARUN / SEMUA GPI

TAHUN 3 : pending

TAHUN 2 : pending

TAHUN 1 : pending

Semua GPI bertanggung jawab dalam melaksanakan tadarus Al-Quran. Penyelaras bertanggung jawab dalam memantau pelaksanaan dan mengumpulan data untuk dihantar ke PPDHL pada 1 OKTOBER 2009.

Penutup

Semoga dengan program ini dapat mencapai objektif agar murid dapat membaca Al-Quran dengan baik, lancar, fasih dan bertajwid serta dapat khatam sebelum tamat persekolahan tahun 6.

Baca Lagi..
Category:   Leave a Comment
Fadhilat Ramadhan


Puasa, tarawih himpun pahala, hapus dosa

MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan.Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa.Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih.Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan.

Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain.Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya).Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat.Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu. Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat.Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa. Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat.Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa.Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosaPerkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).

Baca Lagi..
Category:   Leave a Comment
Takziah Buat Ustaz Hanif -Dari SkbrjQAF

Assalamualaikum wrt wbh

Buat rakan2, harap sedekahkan AL-FATIHAH buat ASMAH BT LEWAN:
pada jam 10.15 malam tadi (25 OGOS 2009) ; nenek telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir kembali menghadap Maha Pencipta pada bulan Ramadhan yang mulia di Hospital Kuala Lumpur ...
Upacara pengebumian akan diadakan pada jam 10.00 pagi (26 OGOS 2006) di
Tanah Perkuburan Islam Kg Puah, Setapak, Kuala Lumpur....
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...!

Dari :- Ustaz Hanif Zaimar



Baca Lagi..
Senarai Semak Amalan Di Bulan Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

atikel dari :-
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: easya
editor: everjihad



Baca Lagi..
MAKLUMAN PENTING!

Dimaklumkan bahawa surat dari Pengarah Pelajaran Selangor bertarikh 11 Ogos 2009 dengan rujukan JPNS/SPS/PPN/A25090/06/51 Jld 3( ) yang diedarkan menerusi surat dari Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat pada 20 Ogos 2009 dengan ruj PPDHL/PPS/A41992/03/10/1( ) berkenaaan perkara itu adalah TERBATAL.


BERSAMA- SAMA INI DILAMPIRKAN SURAT SIARAN WAKTU SEKOLAH DALAM BULAN RAMADHAN 1430H DARI PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA YANG TERKINI UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN PIHAK TUAN SELANJUTNYA.


Sila rujuk web PPDHL :http://www.ppdhl.net/v2/content/view/2267/1/lang,en/


Baca Lagi..
Fail j-QAF

1. Pengurusan Fail:
a) Bilangan Fail Utama:
(Fail ini adalah pecahan daripada fail program j-QAF yang terdapat dalam Fail Panitia Pend. Islam)
Fail2 ialah:
i) Surat Pekeliling
ii) Analisa Pemulihan Jawi
iii) Analisa Program Khatam Al-Quran/Tasmik
iv) Analisa Bahasa Arab
v) Analisa Kem Bestari Solat
vi) Program Kem Bestari Solat
(Kandungan fail antaranya laporan kem)
vii) Data Guru
(Kandungan fail: Biodata Guru / Jadual Waktu)

viii) Surat-menyurat

* Labelkan setiap fail dengan nombor/kod fail
-rujuk pada kerani sekolah serta Fail Panitia Pend. Islam

b) Fail senarai semak
i) Pemulihan Jawi
ii) Program Khatam Al-Quran/Tasmik
iii) Bahasa Arab
-skala kadar
- PKSR
iv) Kem Bestari Solat


c) Buku Stok
i) Buku Stok Bahan Bantu Mengajar
ii) Buku Penggunaan BBM
iii) Buku Penggunaan Bilik Jawi

Baca Lagi..
SOLAT HAJAT PEPERIKSAAN UPSR 2009

Solat Hajat akan diadakan pada hari ini bermula jam 7.00 malam.Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Akan Diadakan Pada 20/8/2009 selepas Solat Magrib Di Foyer A Sk Bandar Rinching Semenyih, Semua Ibu Bapa Di jemput Hadir .


Baca Lagi..
Janin Sujud Ketika Mendengar bacaan al-Qur'an- Subhanallah!!



Sila Perhatikan Kebesaran Allah Ini.. Janin Sujud Apabila Mendengar Bacaan Al-Quran
SUBHANALLAH!!

Pertamakali anda melihatnya , munkin tidak perasan..cuba perhatikan berulang-ulang kali..anda akan nampak hasilnya...

Sumber : www.iluvislam.com

Hadis Nabi Menceritakan kelebhan Bulan Ramadhan


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ



Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Baca Lagi..
Category:   Leave a Comment
Amalan Ramadhan

Subuh :• Bangun awal dan solat sunat dua rakaat (tahajjud).• Bersahur sekurang-kurangnya seteguk air.• Solat Subuh di masjid atau surau.• Membaca al-Quran atau mendengar tazkirah subuh.Pagi:• Ke pejabat dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.• Solat Sunat Dhuha• Bekerja seperti biasa.

Tengahari:• Solat Zohor berjamaah samada di masjid berdekatan atau di pejabat.• Tadarus al-Quran bersama rakan-rakan di pejabat atau belajar membaca al-Quran.• Rehat atau tidur lebih kurang sepuluh minit.• Bekerja seperti biasa.

Petang:• Solat Asar di masjid atau surau.• Membaca al-Quran.• Pulang ke rumah dengan menghayati bacaan al-Quran di dalam kenderaan.• Menyediakan juadah berbuka/membantu isteri.• Bertadarus al-Quran dengan keluarga.• Berbuka puasa dengan tamar dan air kemudian solat maghrib berjamaah di masjid (bagi lelaki).• Solat Maghrib Berjamaah di Masjid (Kaum lelaki).• Pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga.



Malam:• Solat Sunat sebelum Isyak• Solat Isyak.• Solat Sunat selepas Isyak.• Solat Sunat Tarawih.• Bertadarus al-Quran di masjid atau surau.• Tidur awal untuk bangun awal.


Baca Lagi..
Adab Dan Sopan

ADAB BERBICARA

1. Semua perbicaraan harus kebaikan, dalam hadis Nabi Muhammad SAW disebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)
2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah ra:
“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)
3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)
4. Menghindari banyak berbicara, kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:
"Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud) seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami" (HR Muttafaq ‘alaih)
5. Mengulangi kata-kata yang penting jika dibutuhkan, dari Anas ra bahwa adalah Nabi Muhammad SAW jika berbicara maka baginda mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)
6. Menghindari mengucapkan yang bathil, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)
7. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi) dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)
8. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)
9. Menghindari banyak bercanda(bergurau), berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)
10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk, berdasarkan ayat al-quran, Al-Hujjurat:11, juga dalam hadis Nabi Muhammad SAW:
“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

11. Menghindari dusta, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)
12. Menghindari ghibah(mengutuk) dan mengadu domba, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” (HR Muttafaq ‘alaih)
13. Berhati-hati dan adil dalam memuji, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata: Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka berkata Nabi SAW: “Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (dua kali), lalu kata baginda SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga ALLAH mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi ALLAH, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafzh Muslim) dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi Muhammad SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji. (HR Muslim)

ADAB MENDENGAR

1. Diam dan memperhatikan (ayat al-quran, Qaf:37)
2. Tidak memotong/memutus pembicaraan
3. Menghadapkan wajah pada pembicara dan tidak memalingkan wajah darinya sepanjang sesuai dengan syariat (bukan berbicara dengan lawan jenis)
4. Tidak menyela perbicaraan saudaranya walaupun ia sudah tahu, sepanjang bukan perkataan dosa.
5. Tidak merasa dalam hatinya bahwa ia lebih tahu dari yang berbicara

ADAB MENOLAK / TIDAK SETUJU

1. Ikhlas dan menghindari sifat senang menjadi pusat perhatian
2. Menjauhi ingin tersohor dan terkenal
3. Penolakan harus tetap menghormati dan lembut serta tidak meninggikan suara
4. Penolakan harus penuh dengan dalil dan taujih
5. Menghindari terjadinya perdebatan sengit
6. Hendaknya dimulai dengan menyampaikan isi benarnya terlebih dulu sebelum memberi komen yang salah
7. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat
8. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi
9. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya
10. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

Baca Lagi..
Category:   Leave a Comment
Blog Widget by LinkWithin

Follower j-QAF SKBR