Guru Pendidikan Islam * Pn Rohaya bt Muhamad * Pn Norhidayati bt Abd Rahman * Pn Aziyah bt Ahmad * Pn Nor Hadilla bt Mohd Yusof * Pn Noriani bt Mat Zain * Pn Fadzilah bt Samiron * En Mohamad b Haroun * Pn Sh. Norzihan bt Syed Abdullah (Ketua Panitia) Guru j-QAF * Cik Nohaini bt Ilias * En Izzuddin Md Amin * En Mohd Hanif Zaimar * Pn Nik Zazilawati bt Mohd Pathil * Pn Nor Wahida bt Md. Yunos * Pn Fahimah * Pn Ruzila bt Abd Halim * Pn Salawiah bt Hassan * YM Raja Anuar b Raja Malik Rezn

Archives

Kewajipan berzakat Fitrah





Kepentingan zakat
Hadith :Dari Anas r.a katanya:”Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat). Katanya:”Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.”(al-Bukhari)Huraian;


Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai “tumbuh dan bertambah”. Ianya juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”. (an-Nur: 56) .Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah:-• mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosio ekonomi Islam.• membersihkan diri membayar zakat.• membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.• mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di kalangan orang yang berada• mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang yang bernasib baik
Hikmah Kewajipan Membayar Zakat
Hadith :Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”Riwayat Bukhari;







Huraian;


1. Harta juga adalah merupakan suatu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam proses mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhat.
2. Zakat merupakan alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya.
3. Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tnjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.
4. Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam






andai kata tidak dibuat, tiada maa F
fardu yang tidak boleh diingkar I

lagipun bukan susah nak keluarkan zaka T

kita harus seda R

ia adalah hak insan fakir, miskin dan pap A

kita hanya meminjam dari ALLA H










Baca Lagi..
Category:   Leave a Comment
fadhilat Lailatul Qadar




و حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ أَبَاهُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لِلَيْلَةِ الْقَدْرِ إِنَّ نَاسًا مِنْكُمْ قَدْ أُرُوا أَنَّهَا فِي السَّبْعِ الْأُوَلِ وَأُرِيَ نَاسٌ مِنْكُمْ أَنَّهَا فِي السَّبْعِ الْغَوَابِرِ فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْغَوَابِرِ


Dari Salim bin Abdullah bin Umar, bahawa ayahnya r.a. telah berkata, katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tentang lailatul qadar: Sesungguhnya ada segolongan orang di antara kamu yang bermimpi lailatul qadar jatuh pada hari ketujuh yang pertama. Namun sebahagian mereka bermimpi lailatul qadar jatuh pada hari ketujuh yang terakhir. Oleh itu, carilah lailatul qadar pada sepuluh hari terakhir.

Baca Lagi..
Category:   Leave a Comment
Nuzul Al-Quran


RAMAI pengkaji berselisih pendapat tarikh sebenar turunnya kitab suci al-Quran, namun mereka bersepakat mencatat peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Perkataan 'nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Firman Allah SWT: "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An'am:38)

Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)
Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran."




Antara faedah membaca al-Quran adalah;
# Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
# Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
# Memperoleh pahala yang banyak;
# Membahagiakan rakan seperjuangan;
# Menghapus kesalahan dan dosa;
# Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
# Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
# Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
# Memelihara umur manusia;
# Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
# Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.

Baca Lagi..
Category:   Leave a Comment
Wallpaper Ramadhan Dan Raya (updated)!

Assalamualaikum..
Dalam Entry saya kali ini, saya nak berkongsi sedikit dengan para pengunjung blog saya bersempena bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, satu koleksi wallpaper sebagai penghias skrin komputer/laptop anda yang cantik sangat-sangat,saya kumpul dan satukan menjadi koleksi bersempena Ramadhan Al-Mubarak ini...untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat pengungjung /pelawat blog ini.

Downloadlah sebanyak mungkin kerana ianya FREE










Sila Klik pada gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas.


Download Di sini



Baca Lagi..
Solat hajat UPSR da Majlis Mohon Restu

Pada 4 hb September hari jumaat yang lalu telah berlangsung majlis solat hajat dan bacaan yaasin tahun 6 untuk kali terakhirnya sebelum mereka menduduki peperiksaan UPSR pada 8, 9 dan 10 sept nanti.Mudah - mudahan semua calon UPSR SKBR dapat menduduki peperiksaan dengan hati yang tenang dan dapat menjawab soalan - soalan dengan baik dan akhirnya mendapat kejayaan yang cemerlang seperti mana yang mereka impikan.Kami semua guru SKBR mendoakan agar semua murid thn 6 lulus dengan cemerlang, amiiin....


Selepas diadakan bacaan yaasin dan solat hajat satu lagi majlis telah berlangsung iaitu, majlis mohon restu bagi murid - murid tahun 6. Antara pengisian yang terkandung dalam majlis ini ialah ucapan dari guru penyelaras tahun 6 dan semua guru penolong kanan serta ucapan guru besar yang memberikan serba sedikit nasihat dan kata - kata semangat yang terakhir kepada murid - murid tahun 6.


Dalam majlis itu juga, murid tahun 6 diperlihatkan sedutan rakaman video semasa keputusan pepriksaan UPSR tahun 2008.Ini menambahkan lagi motivasi mereka untuk berhadapan dengan peperiksaan UPSr.


Acara terakhir ialah nyanyian lagu - lagu pembakar semangat dan memberi motivasi serta bersalaman dengan semua guru. ada yang menangis....


Apa pun SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA MURID TAHUN 6.


YAKIN BOLEH ..... 5 A

Baca Lagi..
Blog Widget by LinkWithin

Follower j-QAF SKBR