Guru Pendidikan Islam * Pn Rohaya bt Muhamad * Pn Norhidayati bt Abd Rahman * Pn Aziyah bt Ahmad * Pn Nor Hadilla bt Mohd Yusof * Pn Noriani bt Mat Zain * Pn Fadzilah bt Samiron * En Mohamad b Haroun * Pn Sh. Norzihan bt Syed Abdullah (Ketua Panitia) Guru j-QAF * Cik Nohaini bt Ilias * En Izzuddin Md Amin * En Mohd Hanif Zaimar * Pn Nik Zazilawati bt Mohd Pathil * Pn Nor Wahida bt Md. Yunos * Pn Fahimah * Pn Ruzila bt Abd Halim * Pn Salawiah bt Hassan * YM Raja Anuar b Raja Malik Rezn
Kanak-Kanak Di Usia 7 Tahun Dan Keagungannya

Assalamu`alaikum wr wbk
Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW: “Suruhlah anak-anakmu
mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila
mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”
=> Mengapa 7 tahun?
=>7 tahun awal sangat anak-anak tak tahu apa-apa...
=> Mengapa tidak 5, 12, 15 atau 21 tahun?
=> Mengapa tentang “solat”? Mengapa tidak lain yang lebih “ringan”?

Pasti ada sebab-sebab yang afdhal sebagai dalil mutlak yang memerlukan kita memulakan anak-anak
solat dari usia 7 tahun. Pasti ada sebab-sebab agung bahawa, bila berusia 7 tahun, anak
sudah mampu melakukan solat sebagai penghayatan hariannya. Pasti sebab-sebab itu telah
didasarkan kepada sifat-sifat semula-jadi bagi manusia yang mampu diperolehi pada usia 7 tahun.
Jika tidak, anjuran Hadis ini boleh membuat ramai ibubapa merasa gelisah dengan kerungsingan:
“Macam mana ni, nak bagi anak solat pada usia 7 tahun! Ia masih budak-budak lagi … apa!”
Insya-Allah, melalui entry saya kali ini akan menerangkan dalil-dalilnya supaya kita yakin dan
bersyukur bahawa anak-anak yang telah mula melakukan solat harian dari usia 7 tahun akan
mudah dibesarkan dengan penuh barakah dari segi ilmu, akhlak, ibadah dan kebajikannya.MENGAPA Kita “SOLAT”?:
Solat adalah tiang agama. Solat perisai hidup. Solat mengajar anak menjaga masa (waktu-waktu
solat). Solat memberi peluang untuk sujud dan berdoa. Solat mengindahkan kehidupan kerana
wajah indah adalah “taqwa”.
Solat juga memerlukan kita mempunyai beberapa hakikat dan sifat tertentu, khususnya:
->KITA FAHAM: Faham bahawa kita beragama Islam, dan sebab kita dijadikan adalah untuk
sujud ke hadrat Ilahi. [Surah Adz-Zaariyat 51 Ayat 56: “Ku ciptakan jin dan manusia itu
hanyalah supaya mereka sujud (memuja) kepada-Ku”]
->KITA YAKIN: Yakin kerana kita telah “faham”, dan “keyakinan” adalah asas keimanan.
-> KITA RELA: Bila sudah faham dan yakin, kita sedar “merelakan diri”, sedia dan terima.
-> KITA AZAM: Dengan rela, faham dan yakin, kita mudah ceria, berminat dan “berazam”.
-> KITA SYUKUR & JAGA: Kerana begitu azam kita pasti dapat mengecap keindahan solat
sehingga kita rasa amat syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan kita dengan
membanyakkan yang “maaruf” dan menghindarkan diri kita dari yang “mungkar”.
Sekiranya sifat-sifat ini diperlukan agar anak faham dan senang dimulakan bersolat dari usia 7
tahun, mampukah ia membina sifat-sifat serta hakikat-hakikat itu pada usia 7 tahun?
Ya, boleh kerana dari ilmu kajian sains, tahap pembinaan jentera asas akal (otak-saraf manusia)
telah matang mencapai lebih dari 95% pada usia 7 tahun. Pencapaian tahap pembentukan inilah
yang memberi anak kita landasan untuk mampu berfikir, memilih, merasa yakin, berazam, dan
mudah mirip untuk merasa syukur serta menjaga kebaikan dirinya, insya-Allah.
Pakar-pakar Sains Neurologi (ilmu tentang otak-saraf) telah lama menemui tahap-tahap
pembangunan dari detik hamil hingga usia 6 tahun

Sekarang saya nak mengupas pula berkaitan dengan dalil-dalil dari kitab suci Al-Quran


-> Dan segala yang diciptakanNya dibuatNya dengan sebaik-baiknya, dan dimula menciptakan
manusia dari tanah. (As-Sajadah 32:7)
->Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik. (S At-Tiin 95:4)
->Sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan
di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dari
kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan, dengan kelebihan yang sempurna. (Surah Al-
Israa’ 17:70)


->Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau Yang
Pemurah? … Yang menciptakan engkau, menyempurnakan kejadiaan engkau dan membuat
engkau dengan ukuran yang seimbang. .. Menurut bentuk yang dikehendakiNya, engkau
disusunNya (Al-Infithar 82:6-8)

MANUSIA TELAH DIBERI ILMU & PETUNJUK
Saya juga yakin anak “harus mampu sempurna” kerana manusia (Nabi Adam a.s.) telah diajar
ilmu dan disediakan petunjuk (agama dan akal):

Dalil2 Al-Quran

->Dan Tuhan mengajarkan kepada Adam nama-nama benda segalanya (S. Al-Baqarah 2:31)
-> Maha suci Engkau. Kami tidak mengetahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Tahu dan Maha Bijaksana (S. Al-Baqarah 2:32)
-> Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ciptaan Allah, yang dijadikanNya
manusia sesuai dengan agama itu (S. Ar-Rum 30:30)
-> Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam (S. Ali Imran S. 3:19)
-> Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
mempergunakan akalnya (S. Ar-Rum 30:24)
-> Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus (S. Al-Isra
17:9)

KANAK-KANAK MAMPU SEMPURNA PADA USIA 7 TAHUN
Oleh itu, saya begitu yakin bahawa anak-anak kita, pada usia 7 tahun, seharusnya sudah mampu
memperolehi sifat-sifat tingga (secara mutlak) sehingga mereka mudah:
-> FAHAM: Bahawa kita beragama Islam, dan faham perlunya “sujud” [S.Adz-Zaariyat 51:56]
-> YAKIN: Kerana kita telah “faham”, keyakinan menjadi asas keimanan.
-> RELA: Kerana faham dan yakin, kita “rela” serta betul-betul sedia dan terima.
-> AZAM: Kerana faham, yakin dan rela, kita lebih mudah ceria, berminat dan “berazam”.
-> SYUKUR & JAGA: Kerana azam kita mudah mengecap keindahan solat sehingga kita rasa
syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan berasaskan “maaruf nahi anil mungkar”.

SEDIKIT-SEDIKIT & BERTAHAP-BERTAHAP
Tahap pencapaian pada usia 7 tahun sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika kita mulakan
pendidikan anak dari tahap-tahap seawal mungkin. Inilah sebabnya kita perlu adakan usaha
pendidikan awal bagi kaum Muslimin dengan memanfaatkan peluang membina asas-asas
pendidikan yang kukuh dari masa anak berada di dalam rahim ibunya, dan, selepas anak itu
dilahirkan, mendidiknya secara sedikit-dikit, bertahap-tahap, dan secara berkesinambungan

SEPERTI BERIKUT:-

DALAM RAHIM IBU--->TAHAP 1(lahir)--->TAHAP 2
--->TAHAP3--->TAHAP4--->TAHAP5--->TAHAP 6--->TAHAP 7(Usia 6---7 tahun)

Baiklah, Sekiranya anak-anak kita dapat dididik dengan baik secara bertahap-tahap, dari awal, mereka akan mudah disempurnakan ilmu, akhlak, amalan, ibadah dan kebajikan selapas usia 7 tahun.
Dalam rangka proses pendidikan ini, “Akil Baligh” amat utama. Anak yang sempurna
penyediaannya untuk akil baligh akan lebih selamat bila ia menjejak usia remaja. Bagi semua
ini, SOLAT merupakan faktor utama, dan faktor ini perlu dihasilkan pada usia 7 tahun. Insya-
Allah, bila anak sudah biasa dengan solat pada usia 7 tahun, ia akan mudah melazimkan dirinya
dengan solat pada usia 10 tahun (tanpa didenda), dan, jika ini terpacak sebagai amalan
hariannya, insya-Allah, Fardhu ‘Ain anak akan sempurna, dan usia remajanya penuh dengan
barakah, insya-Allah.

TUJUH TAHUN & DUNIA SEKOLAH
Usia 7 tahun juga merupakan detik penting dari sudut kemasyarakatan kerana pada usia itu,
anak kita sudah mula menjejak dunia persekolahan. Dalam suasana sekolah, ia seharusnya
sudah mampu berturtur dengan baik, membaca, sudah hafal berbagai surah-zikir-doa, menulis,
melukis, pandai menjaga diri, mempunyai berbagai ilmu berguna yang luas, bersifat baik,
senang menjayakan dirinya dalam persekolahan, serta menyenangkan kehidupan ibubapanya...

Akhir sekali beruntunglah anak-anak sekarang kerana apabila masuk ke sekolah..mereka akan di ajar menunaikan solat melalui KEM BESTARI SOLAT yang di kendalikan oleh j-QAF di setiap sekolah...Wallahu a'lam..



ruj: Mansor Hj Sukaimi Neptune Court 24 April 2003 "anak-anak cerdik"

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Blog Widget by LinkWithin

Follower j-QAF SKBR